Udang Masak Paprik ni aku amek resepi dr daging masak paprik... cume aku olah sikit... yela... sblom ni reti masak daging paprik aje... udang paprik aku order kedai... hahah... kali ni masak pulak sebab aku dah rajen memasak semenjak due tiga menjak ni kan...
Bahan-bahan basah:
Udang saiz sederhana (10-15 ekor)
Kacang panjang (3 batang potong 1/2 jari)
Lobak merah (potong mancis)
Bunga kobis
Putik jagung
Daun limau Purut (3 helai dicarik)
1/4 cawan air (aku masuk 1/2 air kasik berkuah)
Bahan-bahan Rasa:
2 1/2 sudu cili kisar
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 1/2 sudu besar sos tomato (aku letak 2 sudu)
1 1/2 sudu besar sos tiram (aku letak 2 sudu)
1 1/2 sudu besar kicap manis
serbuk kunyit
garam secukup rasa
Cara Memasak:
Mula2 perap udang bersama serbuk kunyit dan garam 10 minit
Goreng udang sehingga merah dan ketepikan
Masukkan minyak 4 sudu dan biar hingga panas....
Masukkan cili kisar bersama bawang putih...
Tumis hingga naik bau....
masukkan air, daun limau purut, lobak merak dan biar sehingga lobak empuk...
selepas empuk... masukkan udang, sayur kacang, kobis bunga dan putik jagung...
gaul sehingga rata... rasa dan sesuaikan dengan garam jika perlu (kadang2 x perlu garam sebab bahan2 rasa tadi sume dah bagi rasa yg cukup)
okey.... selamat mencuba... :D

No comments:
Post a Comment